27 May 2013

Ya Tuhan Ku Mohon...

ya ALLAH,

selalu ku mohon pada Mu

berikan ku redha atas setiap yg berlaku


tidak ingin disegera apa yang Kau tunda

tidak ingin ditunda apa yang Kau segera

biarkan aku sentiasa begitu

agar aku tidak selalu pertikaikan takdir Mu

biar aku bersyukur selalu

walau adakala apa yang Kau beri aku tidak mahu

sesungguhnya Engkau beri apa yang aku perlu

bantu aku dalam kembara ini

hingga akhirnya aku sampai ke destinasi suci

menemui Mu Tuhan yang Maha Tinggi...

ya ALLAH Tuhanku...

La Tahzan Sayang


Jangan bersedih, meskipun kau merasa sangat  sakit dengan apa yang dikatakan orang lain terhadapmu..
Jangan bersedih, meskipun apa yang dibuat belum membuahkan hasil yang memuaskan untuk dirimu..
Jangan bersedih, meskipun tatkala orang lain memandang rendah terhadap kemampuan yang kau miliki...
Jangan bersedih, meskipun engkau telah banyak kali terjatuh dan tersungkur sehingga hendak menangis..
Jangan bersedih, meskipun banyak onak duri yang menjadi rintangan dalam mencapai apa yang kau inginkan..
Jangan bersedih, meskipun saat itu kau merasa tersisih  dari kehidupanmu..
Kerana ketahuilah, apa yang kau lakukan itu, jika bersedih,  tidak akan membuahkan hasil,
Tidak akan boleh merubah apa – apa pun menjadi lebih baik,
La tahzan
Bersedih tidak akan menghilangkan sakit hatimu,
Bersedih tidak  akan menghasilkan  kerja yang  memuaskan,
Bersedih tidak membuat orang memandang hormat kepadamu,
Bersedih tidak membantumu untuk tidak terjatuh lagi,
Bersedih tidak menghilangkan rintangan yang kau hadapi, dan
Bersedih juga tidak membuat mu boleh  diterima didalam lingkunganmu..

Hidup ini memang penuh dengan cubaan yang harus dihadapi,
Tetapi yakinkanlah dari dalam lubuk hatimu,
Bahawa Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuan dirinya,
Yakinlah setelah gelap pasti terang akan menjelang..
Ujian dan cubaan yang diberikan kepada kita, kepahitan dan keperitan yang kita rasai,
Pasti ada makna disebalik itu semua,
Cuma bagaimana cara kita untuk mensyukurinya..

Jika ini ketentuan Allah,
Mari kita cuba tabahkan hati,
kerana pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu…
Kerana kita manusia biasa,
Tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya..
Apakah rahsianya..

Hidup ini terus berputar!
Tiada masa untuk berlengah!
Tiada masa untuk berpatah!

mari kita kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
salutkan bersama doa tulus suci,
kerana doa itu tersimpan satu kekuatan,
kekuatan dari yang Empunya segalanya..

Dan pastinya dunia bukan milik kita, untuk kita atur segalanya,
Kerana takdir itu mengatasi tadbir…
Tadbir dari manusia yang lemah,
Takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

Simpan segala pahit dan duka, dalam surat kehidupan ini,
Yang penuh sirat pengajaran.
Disebalik yang terjadi pasti ada yang terjanji termateri sesuatu yang pasti jika kau ridha akan ketentuan Ilahi..
la tahzan. la tahzan. la tahzan wahai atiqah!
c&pakuislam

Ke Pangkal Jalan. Kita Punya Tuhan.

Ujian - Boleh jadi, mudah untuk kita berbicara tentang sesuatu perkara. Tetapi, apabila masa itu tertuju pada diri… ketika itulah kita akui bahawa langit itu rendah atau tinggi. Dan, ketika itu juga hidup yang dahulunya indah dan mudah, kini menjadi porak peranda. Kita hilang punca. Kita hampir hilang daya. Kita tersepit.


Menangis - Walau tidak berguguran airmata, tetapi hati kita meronta-ronta. Batin terseksa. Kita kalah dengan diri sendiri. Di hadapan manusia, kita cuba memberikan yang terbaik. Kita mengatakan hidup kita ini baik. Sentiasa baik. Hakikatnya, diri sendiri sedang diuji. Dan manusia lain, tidak mampu mengerti. Tidak sekali-kali.
Sendiri - Bawa diri jauh-jauh. Kita bersembunyi. Sehinggakan, orang lain kita terpaksa menolak tepi. Menyendiri. Jujur pada diri sendiri, kita masih lagi tewas dengan diri ini. Kita masih belum mengerti. Perkara masih belum selesai lagi. Diri, masih lagi tetap begini. Begini.. begini.. dan terus begini.
Adakah hidup akan berakhir ketika ini?
Tuhan, jadikan kehidupan itu dengan mempunyai tujuan. Dalam tujuan itu, dijadikan pula ujian. Tanpa ujian, kita tidak akan kenal erti kehidupan. Tanpa ujian dan kehidupan, kita pasti tidak kenal siapa itu Tuhan. Jauh perjalanan, tiba-tiba kita tersesat jalan. Maka, kembalilah ke pangkal jalan. Kembali ke pangkal jalan itu, bukan bermaksud kita berundur. Tetapi, baliklah kepada Tuhan. Kita perlukan Tuhan untuk meneruskan perjalanan. Kita perlukan Tuhan untuk memperbaiki kehidupan. Kita perlukan Tuhan, kerana kita ini hanyalah insan.
Tiba-tiba, rezeki hadir untuk kita. Walau tidak kita sangka, kita gembira menerima seadanya. Bagai diberi bunga mawar yang indah lagi wangi harumannya. Syukur dan puji-pujian pada Tuhan yang MAHA ESA. Begitu juga dengan ujian. Ia pasti akan hadir untuk kita. Kekadang, ujian menerpa tanpa kita sangka. Dahulu yang gembira, kita berubah sekelip mata. Dahulu pernah kita leka, kini bagai terasa dipukul sehingga kita terjaga. Aduh! Ketika ujian hadir untuk kita, ketika itu sukar untuk kita melafazkan syukur dan memberikan puji-pujian pada Tuhan yang MAHA PENCINTA.
Mengapa?
Bukankah Tuhan itu, MAHA BAIK?
Bukankah Tuhan itu, MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG?
Bukankah Tuhan itu, MAHA PEMBERI PERTOLONGAN?
Bukankah Tuhan itu, MAHA ADIL?
Bukankah Tuhan itu, TUHAN?
Serabut. Terlalu banyak persoalan. Sedang ujian sapa, kita terlalu sibuk memikirkan seribu satu tugasan Tuhan.
Istighfar…
Kembalilah ke pangkal jalan. Eratkanlah diri dengan Tuhan. Peliharalah hubungan sesama insan dan Tuhan. Insya Allah, Tuhan akan membuka sejuta jalan. Jalan itu, pasti kita tidak akan keseorangan. Kerana… kita mempunyai Tuhan.
#c&pakuislam

22 May 2013

lumrah hawa perlukan adam


tak salah menjadi independant.

tidak memerlukan manusia untuk dipasangkan demi membelah sunyi.



yang salah adalah apabila terlalu mahu berdikari--
keterlaluan defensif sehingga merasakan fitrah manusia lain yang saling memerlukan itu sesuatu yang repulsif dan jijik.

jangan lupa.
tuhan itu maha tahu.
walau tidak dibisikkan apatah lagi dicakapkan--
tuhan tahu betapa adam sunyi memerhati segala di kelilingnya berdua2.

maka atas sifatnya yang maha kasih--
dibagikan pasangannya si hawa.

tidak salah menjadi independant.
yang salah adalah apabila terlalu mahu berdikari.

sebab macammana lantang kau laung pada dunia--
tuhan itu--
paling tahu.

#c&pkokping

13 May 2013

Rabak




Rabak itu sakit,
Rabak itu juga perit.
Rabak itu luka,
Rabak itu juga kecewa.
Rabak itu patah,
Rabak itu juga terpisah.
Rabak itu kosong,
Rabak itu juga lopong.
Rabak itu panah,
Rabak itu juga musnah. 
Rabak itu sadis,
Rabak itu juga tangis.

Hati sakit, pahit menahan perit.  

Hati luka, rasa hampa kecewa. 

Jiwa patah, raga terbelah terpisah.  

Jiwa kosong, tinggal kesan lopong.  

Harapan dipanah, impian hancur musnah.

Luka cukup sadis, sebak penuh tangis.

#c&pterfaktab

Tipu rindu


Dari tadi aku baring terlentang mata memandang ke siling. Silau cahaya lampu. Berkaca mata aku tahan silau. Tak guna, sakit mata aku. Aku diam, baring kaku macam mayat hidup tapi beku. Tak bergerak, tapi kepala otak fikir banyak benda, benda-benda merapu.

Aku baring, layan lagu titanium. Cover version Madilyn Bailey memang mantop habis. Syok betul suara dia sampai aku rasa nak nangis.

"Im bulletproof, nothing to lose. Fire away, fire away. 
Ricochet, take your aim. Fire away, fire away.
Shoot me down, but I won't fall. I am titanium.
Shoot me down, but I won't fall. I am titanium."

Hari-hari aku ulang pasang lagu yang sama. Tak jemu macam orang gila. Tapi tang chorus lah yang aku ingat je. Kalau lah aku kuat, kebal macam titanium. Mesti aku tak jatuh macam ni sekarang.

*hentak kepala atas meja*

Aku taktahu apa yang ada dalam hati aku sekarang. Tapi aku selalu kata kat orang, "Aku betul-betul benci dia sebab dia bangang." Dekat luar orang nampak aku kuat macam badang. Tapi dari dalam aku lembik, kalah sotong tak ada tulang. Rabak aku taktahu lah dah sampai stage mana. Tahap kritikal gamaknya dah sekarang.



Rindu.

Kadang-kadang aku rasa rindu. Tapi aku tipu diri aku, aku convert rasa jadi benci dari rindu. Sebanyak mana rindu tu ada dalam hati aku, sebanyak itulah rasa yang aku tukar jadi benci. Tak ada hati macam kayu. Makin banyak rasa yang aku tukar tu makin sakit jiwa aku.

Hati aku selalu rindu. Tapi aku keep on deny semua rasa tu. Rasa faktab gila. Sebab apa? Sebab aku tahu, aku seorang je yang rasa semua rasa tu. Dia? Entahlah. Mungkin tak pernah terfikir pun untuk rindukan aku. Yela, siapalah aku.

Bila aku rasa rindu, aku berdoa pada Allah selalu. Aku taknak bagitahu pada orang yang aku rindu tu sebenarnya aku rindu. Aku taknak dia tahu. Biar aku dan Tuhan je yang tahu. Kalau boleh, aku mohon rindu ni terhapus. Hapus jauh dari hati dan jiwa aku. Aku dah tak lalu. Penat aku tipu diri aku. Penat aku bohong hati sanubari aku. Makin jauh aku lari dari rindu, makin dekat rindu tu hampiri aku. Macam hantu, aku takut.

"Stone-hard, machine gun. Fired at the ones who run."

Penat aku nak lari. Aku nak lari mana lagi?

Pedih. Kau ingat aku suka rasa rindu macam ni?

Macam celaka tahu?

"Sakit itu perlu."

Ya, aku tahu. Dan sehingga hari ini aku masih mampu tanggung semua rindu tu. Cuma aku, cuma aku dan Tuhan saja yang tahu..

#c&pterfaktab

The Cycle


Heart. Hurt.

Benda biasalah kan, jumpa someone, falling in love at first sight. Pada awalnya awak kata better simpan cinta sendiri, biar Tuhan tentukan. Bila dia dah approach ohmygod, i can't help my own feeling. Berkenal, merasa cinta, nikmat dunia. Saat bercinta sure ada sikit masalah, then terfikir kalau awak jual mahal dulu and simpan dia just as crush mesti semua kesakitan ni tak dirasa. Alhamdulillah, after a few day hubungan kembali indah, love take hostage. You lose balancing. You miss your own self. Until the day come when hubungan jadi tawar. All the sweetness dah jadi common and hambar. He doesn't want you anymore. You feel like dying.

Awak seakan-akan tak percaya. Takkan semudah ini cinta yang dilafaz, kenangan yang diukir terys dilupa. Awak merayu dan jadi clingy. Watak perempuan berpendirian bertukar menjadi perempuan desperate. Dia tetap begitu, masih seperti itu. Saat itu awak terfikir alangkah baiknya jika awak tak bertemu dengannya.

Kita, manusia selalu mempersoalkan. Tak tahu bersyukur.

Awak jatuh terkial membawa beban kepedihan di dalam hati. Mencari teman yang selama ini ditinggalkan. Mencari Tuhan yang selama ini awak lupakan. Masa berlalu, detik demi detik awak bangun. Mulakan hidup baru, bersendiri. Memapah iringan minda dan jiwa awak dengan sepenuh kudrat yang awak ada. Awak berjaya, awak berhasil untuk tersenyum. Stabil. Saat itu, awak terfikir baiknya hidup tanpa kekasih, tiada masalah, hidup juga mudah.

Masih menjalani rutin harian dengan baik. Gembira. Sentiasa beringat, kisah lalu perlu diambil pengajaran. Awak lupa, kita manusia biasa. Fitrahnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Jarum jam terus berlalu dan awak sunyi.Tika melihat teman-temanmu bercerita tentang cinta masing-masing, awak tersenyum angguk kepala, tumpang gelak. Hati awak sewaktu itu resah kerana sunyi, terlalu sunyi. Terfikir, ahh alangkah baiknya jika awak mempunyai seseorang yang sentiasa memerhatikan awak, menyulam cinta bersama.

Telan sunyi sendiri, rasa pahit. Kemam dalam-dalam. Dalam diam, awak terpandang seseorang. Tertarik. Yeahh ada crush balik. Kehidupan kembali gembira, berulit pelangi-pelangi cinta. Sunflower sunflower...

#c&pterfaktab

Kahwin *wink*

*scroll down*

Syahira: 'Weh, tengok ni wehhhh!'
Amy    : 'Apa wehhhh?'
Syahira: 'Si Tika dah kahwin wehhhh!'
Amy    : 'Tahu dah. Kau tengok kat mana? Facebook?'
Syahira: 'Aah, aku tak jengah invitation diorang kat FB. Kau? Asal tak pergi?'
Amy    : 'Ohh, aku kan kerja tadi.'
             'Cantik kan pelamin dia.'
Syahira: 'Warna favourite aku dowh. Haha.'
Amy    : 'Semua dah kahwin, budak batch kita dekat 6 org kahwin. Kau bila lagi?'
Syahira: 'Kau tanya aku macamlah kau dah kahwin. Haha.'

1. Situasi pertama:

Tengok facebook sekarang ni. Fuhh. Ramai dan kebanyakan kawan-kawan sekolah, matriks ada yg dah bertunang, berkahwin, beranak. Sebagai seorang yg bujang, masih berhempas pulas menghadap kertas kerja, thesis bagai, mengharungi erti hidup, apa yg korang rasa?
Nak kata cemburu, mungkin sikit. Tapi bagi aku, cemburu tu singgah sekejap je. Masa dalam proses tengok gambar-gambar majlis dan pengantin, rasalah nak kahwin jugak. Lepas tu, rasa biasa. Aku rasa 'alaa, takpe lah, bahagia jugak hidup single masa belajar ni'
Tapi, untuk sesetengah kawan-kawan aku yg dah berpunya, respon diorang bila tengok kawan lain kahwin, 'nak kahwin jugakkkkk!'
Konklusinya senang, mungkin sebab diorang dah berpunya. Diorang dah bersedia untuk komited, rasa cinta, sayang dan kasih semua dah ada tinggal nak diluahkan secara fizikal je, dan halal. *gelak kecil*
Untuk orang macam aku, ambil masa nak mencari cinta, kasih dan sayang. *gelak kecil* Tapi, aku bahagia sebab aku tak rasa sunyi dan tak payah nak pening kepala.

2. Situasi kedua:

Soalan 'Kau bila nak kahwin?' tu memang akan jadi halwa telinga aku bila umur dah masuk 20-an. Kalau dengan kawan-kawan bertanya tu normal dan boleh dibuat gelak-gelak, sepak-sepak kawan kau tu bila tensi. Tapi, bila dah jumpa sedara-mara, kawan-kawan mak ayah kau, memang jadi target la. Hipotesis aku, semakin meningkat umur, semakin kerap kau kena tanya soalan cepumas ni.
Bila awal-awal tu aku bagilah respon malu-malu kucing kat sedara-mara aku. Bila dah lama-lama nak je aku tanya, 'tu anak perempuan mak cik tu bila nak kahwin?'
Konklusinya senang, cekalkan hati terima cakap-cakap orang. Esok lusa diorang lupa la tu. Nak lagi senang, ubah topik. Yang extreme, takyah keluar rumah jumpa orang. Lagi extreme dan untuk orang yg lucky enough, pindah negara. Haha. Yg lagi senang, kahwin cepat!

Tapi, semua ni pada pendapat aku. 

#c&pterfaktab