27 February 2014

rahilah haron

tiba tiba rasa nak mengimbau zaman lama lama dolu..
xde la lama sangat 3 tahun lepas je..
hahaha..
terasa cepat sgt masa berlalu..
rasa macam baru je kenal semalam..
poyo.!
hahaha
ni haa..
sahabat aku..
kawan aku..
girlfriend aku..
second family aku..
semua la..
seingat aku aku belom cerita pasal dia kat sini..
entahlah malas pulak nk godek post lama lama..
moga jodoh kita berpanjangan..
aku mahu jejak syurga sama sama..
Insya ALLAH..
rindu rindu rindu..
2 3 hari ni aku msj xreply..
wassap pun xreply..
komen kat fb xreply..
xpe aku faham dia busy sekarang..
maklumla cikgu-to-be..
sekarang dia da start praktikal..
while aku masih lagi mengadap dewan kuliah n lab..
tersurat haluan kami berbeza.
tapi aku yakin ALLAH tu Maha Kaya..
ini semua membuktikan indahnya percaturan DIA..
apa yang aku tahu..
demi ALLAH aku sayang dia.
moga kau sentiasa dilindungNYA..
moga dipermudah segala urusan..
moga jodoh kau tepat di pilih oleh DIA..
sbb aku sakit bila kau kecewa..
moga kita sentiasa dalam redhaNYA..

dia penah cakap pelik time ni putih bebenor kulit kitorang.. rasanya xde pulak ambik aurawhite ke apa..

aku suka gambar ni..

ni gambar sem mana ntah..
bila tengok balik gambar first tu..
aduhhh i really really miss my old shape..
bhahahaha..
sekarang badan da macam tong drum..
alaa biasa ler tu..
people change maa..
hahaha..
ok last sentence..
Ya ALLAH saat ini tika ini aku rindu sgt insan ini..
kbai.!

26 February 2014

kimpet gathering

yerr gitu tajuknya..
hahaha.
besok..
aku n coursemate aku ada buat tournament bowling..
kat the mines..
saje saje je..
nak have fun..
maklum la da final year kan..
lepas ni ntah bila pulak boleh gather ramai ramai kan..
tapi masalahnya bowling tu..
seumur hidup aku..
seingat aku..
sekali je aku main bowling ni..
tu pun lepas dipujuk dirayu syaq n zati..
acece..
first time main memamg longkang la..
aku besok pun aku da nampak longkang da..
hahaha..
ni haa group da devide..

hahaha..
nasib la yg satu group dengan aku tu..
awal awal aku mintak maaf kalo esok aku jumpa longkang je..
hahaha..
tapi aku target esok ada gak satu yang strike..
wohaa!!
target je kan..
bak kata orang..
berangan biar setinggi langit..
andai jatuh disambut awan..
gituu..
ok da kita tengok je besok cammana..
hopefully ada la pin yg aku jatuhkan..
hahaha..
kbai.!

25 February 2014

abang jebat..


apa pulak kali ni..
dikata samseng pulak..
hmm ntah la..
sepanjang aku kenal dia..
acece kemain..
abang jebat ni bukanlah jenis yang suka suka nk tunjuk samseng..
tapi xdinafikan muka dia muka baran..
tapi aku suka.
dulu cikgu aku penah kata orang baran ni romantik..
xtau la sejauh mana benarnya..
haha..
ok balik..
alaaaa sapa sapa pun kan..
kalo org x usik x gila nye nk usik org..
gitu la pendapat aku..
mungkin ada isu antara mereka..
tapi disebabkan lisdawati/fauzi yang dedahkan dulu..
so salahnya akan nampak kat dia..
adoii..
apa la yg jadi kan..
bagi aku ALLAH tu Maha Adil..
xselamanya kita dibawah..
cewahh kalo la sharnaz ahmad baca ni agak agak aku bole try dia x?
gulp..
GILA !
hahaha..
okey okey aku tahu aku ni gagak hitam je..
haha..
apa apa pun bagi aku..
media xpatut menghukum dia berdasar sikap dia sebelum ni..
ye la sapa sapa pun xpatut dihukum berdasarkan masa silam..
ye dok.?
#deep
kbai.!

rasa ini..

Subhanallah
aku suka pantai..
aku suka pulau..
aku suka laut..
aku suka deruan ombak..
aku suka sunrise..
aku suka sunset..
aku suka tenang..
malah andai disoal kemana aku teringin nak pergi..
jawapannya sudah pasti..
mana mana saja asalkan ada pantai..
mana mana saja asalkan ada pulau..
mana mana saja asalkan aku boleh dengar deruan ombak..
dan andai disoal mana tempat yang aku nak sangat pergi sebelum aku mati..
ok jika berezeki..
jika berkesempatan..
jika dipanjangkan umur..
jika dipanjangkan khudrat..
aku teringin sangat nk jejakkan kaki ke maldives island..
ok kalo xberezeki..
kalo jimat sikit..
boleh je pegi ajman beach..
boleh jugak bali..
or nak lagi jimat..
dapat jejakkan kaki ke karambunai pun dak bersyukur sgt..
ahhh xkisah la mana mana pun..
asal ada pantai je..
weee..
dan..
jika sekarang magic berlaku..
tiba tiba aku ada sayap..
nak sangat aku terbang ke pantai..
nak buang segala rasa ini..
rasa yg zalim ini..
ya Tuhan..
aku mohon..
hapuskanlah rasa ini..
bersama bayu malam..
bawalah ia ke mana mana laut..
hanyutkan biar jauh..
jangan dibiar kembali..
sakit..
sembuhkanlah sakit ini..
Astaghfirullahalazim..

salah besar !

harini aku buat salah..
salah besar...
salah yang menyebabkan aku rasa berdosa sgt kat saudara sekaumku..
salah aku sebab keluar makan dengan laki orang..
makkk oiii!!
seriusly tiqa.?
seriusly..?
salah aku lagi sebab menjadi yg pertama..
sedang sepatutnya dia yg pertama..
seriusly tiqa.?
seriusly?
gila..!
ini memang gila..
kbai..!

24 February 2014

blog aku..

kenapa aku suka update kat blog?
kenapa lately ni aku asyik update blog?
kenapa?
kenapa?
kenapa?
hahaha..
ni jawapannya..
actually sebab aku xsuka tahu sapa yang tahu cerita aku..
aku suka yang baca blog aku ni strangers..
sebab tu aku decide xnak letak button follow..
lagipun xda apapun yg nk difollow..
aku bukan insan sempurna untuk ada follower..
aku insan biasa yang akan mati bila bila masa..
heee..
cukup aku tahu page view aku meningkat setiap hari tp xtahu sapa yg view blog ni..
so xde la berlapik sgt ayat aku..
apa aku nak cerita aku coret la..
kira blog ni mcm diari la..
diari yg aku bg org tahu..
tapi aku xtahu sapa yang tahu..
hahaha..
kbai.!

catu air


apa??
esok da start catu air??
seriusly?
aku masuk toilet xda sapa pun tadah air lg..
aikk..
dyorang ni x tengok berita ke?
haha..
agaknya berita ni da x releven bg mereka..
ye ar kalo kat rumah aku pun abah aku jep yg akan trcongok dpan tv time berita..
yang kitorang ni mmg xlayan ar..
haha
fuhhh..
nasib baik da lpas fasa memerlukan air sgt sgt..
haha..
kesian la sapa yg tgh tutt tu..
siksa kot..
hopefully upm buat something la..
aku xrisau da kalo xda air kali ni..
sbb aku ada tong besar..
yang aku beli utk rendam fiber..
tp actually aku tak guna pun sbb besar sgt..
ooh..
sekarang baru tahu apa hikmahnya..
sungguh setiap apa yang terjadi elok dalam perancangan Ilahi..
no doubt.!
weee..

berubah..


Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah, insya'Allah.

23 February 2014

towards HIM


ada kenangan yang perlu disimpan..
ada kenangan yang perlu dipadam..
 dan ada yang perlu dilupakan..
Seandainya terlalu sulit untuk menutup tirai kenangan semalam..
 berdoalah kepada ALLAH..
 agar Dia memberikan hatimu keredhaan menerima segala kenangan sebagai suatu jalan kehidupan yang berlangsung seiring takdir hidupmu yang telah sedia ditetapkan...~~

mana perginya ?


Lama.
Sudah terlalu lama aku di perhentian ini.
Entah apa yang aku tunggu.
Berteleku. Mengimbas memori-memori lalu.
Ada air mata yang masih bersisa.
Ku kesat. 
Lemahnya.
Berusaha mencari kekuatan.
Yang-hilang. 
Mana perginya?
Lesap.
……………….. 
Bonda bilang,

“Hati yang baik adalah hati yang sentiasa berhubung dengan Allah”.

Manik-manik jernih mengalir.
Kekuatan yang dulu pernah terwujud.
Ku kumpul. 
Pada hakikatnya, kita tak selalu kuat.
Kita cuma memilih tidak terlihat lemah dimata manusia.
Sedang dihadapan Allah, tanpa segan silu, kita mengaku bahawa kita sudah sangat tidak mampu.
Dengan linangan air mata dan rintihan tanpa suara. 
Dan sekiranya manusia tahu, apa yang kita lalui.
Mereka justeru akan mengerti, mengapa kita begini.
Lalu, mereka akan mensyukuri apa yang mereka miliki. Pasti.
Percayalah, aturan Allah itu baik dan membaikkan.

“Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu, ya Tuhanku” [Maryam:4]

Redhalah dengan ketentuan.
Syukurlah dengan pemberian.
Sabarlah dengan ujian.
Tetaplah dalam pengharapan.
Sungguh, Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

Allah Ta’ala is never blind to our tears, never deaf to our prayers, and never silent to our pain. He sees, He hears, and He is never too far.

Pujuklah hati kita dengan kalam-kalam indahNya.
Kerana.
Seindah mana lagu tercipta.
Sehalus mana pujukan manusia tentang cinta.
Takkan menyamai sempurna seruan ayat-ayat cinta dariNya.
Selalu saja mendamaikan hati yang biasa dengan luar biasa caranya. 
Teruslah melangkah.
Biar payah. 
Karena.
Ini-
Lah.
Jejak-jejak Ke Syurga.
…………………..

22 February 2014

bertemu PDH

Apa khabar yang dirindu...


Sabarlah wahai hati,
Aku tahu betapa kuatnya keinginanmu pdnya,
Berdoalah, bersabarlah,
Persiapkan dirimu,
Lahir dan batin.

Jika mmng dia jodohmu,
Walau dia di timur, engkau di barat,
Dgn Kehendak Allah SWT,
Pemilik hati2 manusia,
Pasti dia menjadi milikmu,
Lepaskan dlu dia pergi,
Krn keadaan dirimu xmampu menjanjikan apa2
Biarkan dia mengejar cita2
Dlm diam berdoa pd Tuhanmu
Sungguh apa yg ditetapkan oleh Rabbmu
Itulah yg terbaik bagi dirimu.

Jangan cuba mencabar Allah agar mempercepatkan apa yg hndk dilambatkanNya
Melambatkan apa yg hendak dipercepatkanNya
Hidup la sebagai hamba
Yg diberi diambil,tidak diberi,bersabar...

Allah pemilik hati,sekelip mata hati si dia boleh berubah kpdmu,dn dgn kadar itu juga Allah menjauhkan dia darimu
Jika benar engkau mencintainya..
Perbaikilah diri,perelokkan akhlak..

Perkahwinan bkn sekadar memenuhi nafsu, ia adlh tanggungjawab... 

Jika nafsu tidak dpt kau kawal, bagaimana engkau hendak menggalas tanggungjawab
Ingatlah akan suatu hakikat perkahwinan...

Yang cantik akan luntur
Yang cinta akan pudar
Yang kuat akan lemah
Yang hidup akan mati
Yang tinggal hanyalah kenangan.

Perkahwinan itu mulanya cinta,pertengahannya belas kasihan, pengakhirannya rahmat...

Akhirnya, Tiada yg mampu memberi manfaat atau mudharat melainkan Allah SWT.

------------

"Apa khabar kamu,
Yang selalu aku rindu...
Perkahwinan yang kuimpikan dengan redha Allah, 
maka aku mencari redhaNYA dengan kejauhan kita.InsyaAllah,
masanya akan tiba."

bertemu rusydee artz


Tiada label pendosa, malahan dijanji Syurga!
Persetankan pada kenangan lalu. Tuju saja masa depan nun Syurga di depanmu.
Yang sudah tu sudah. Jadikan pengajaran dan pendidikan.
Agar tidak berulang.
Agar tidak songsang lagi jalan kehidupan.

Syurga dan Neraka tidak pernah memilih kita.
Tetapi kitalah yang memilih mereka. - Aira Safiyya

"Jika kalian melakukan dosa sehingga dosa kalian sampai ke matahari, kemudian kalian bertaubat, nescaya Allah akan mengampuni kalian." (Abu Hurairah)

weee.


21 February 2014

menyesal tak pernah


up and down..
aku yakin ALLAH aturkan semua ni..
yg terbaik dari dia..
aku terima..
aku redha..
walau pahit..
walau sakit..
walau perit..
aku redha??
tipu..!!
tapi aku janji ngan diri aku..
aku cuba untuk redha..
masih mencuba..
aku belajar untuk redha..
masih belajar..
aku yakin ALLAH itu Maha Kaya..
jadikan semalam kesakitan buat aku..
jadikan harini kesakitan buat dia..
jadi besok kesakitan buat mereka..
dan juga bukan satu mustahil untuk jadikan lusa kesakitan itu kembali buat aku..
aku hanya mampu merayu..
mohon perlindungan..
memohon kekuatan dari NYA Yang Maha Esa..
ampunkan aku Ya ALLAH..
terkadang aku lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat..
terkadang aku lupa bahawa setiap dosa tu ada balasannya..
terkadang aku lupa neraka itu balasan bagi pembuat dosa..
terkadang aku lupa..
aku lupa..
aku lupa..
Ampunkan aku Ya Rahman Ya Rahim..

baik baik



Untuk apa mengata keburukan orang lain..
Cuba pandang dan cermin diri..
Bersepah keburukan..
Bersepah kekurangan..
Dah bersepah pun nak tambah lagi.?

Tiada sebab lain ALLAH hadirkan orang orang yang menyakiti kita selain sebagai ujian untuk diri kita..
Bukan kerana dia jahat kau baik..

Tapi ALLAH nak kita sedar setiap orang itu ujian dia lain lain..
Mungkin ketika kau rasa seseorang itu berbuat keburukan terhadap diri kau, ALLAH sedang tutup keburukan kau dari pandangan orang..
Manusia ni, ALLAH cipta sama adil..

Dalam baik ada buruknya..
Dalam buruk ada baiknya..

Bersangka baik..
Kita sama..
Kalau rasa diri baik, jadi betul betul baik..
Jangan sekadar nampak baik..
Kan.?

Tak susah..
Senang je..
ALLAH suka..
ALLAH sayang..
*Peace*

19 February 2014

LIBRO

LIBRO
tadi aku g keputra..
since skrang da final year..
so aku g shopping kat sana nk habeskan book plan je senarnye..
gaya macam byk je lg..
padahal tggal RM50++ je..
hahaha..
ehh 50 pun duit jugok..
xbaik membazir..
ni haa..
aku beli libro ni..
libro??
ape tu libro??
hahaha..
tu nama gelaran diary baru aku ni..
diary??
aku ada diary??
hahaha..
xde la..
bukan diary utk simpan rahsia dunia..
libro ni just a kind of buku catatan la..
hmmm..
diary siap ada nama..
pehhh..
bukan apa..
aceli ni la kali pertama aku belia buku catatan yg berharga RM18.90..
tuu diaa..
haa tu yg special sikit siap ada nama..
nampak simple but nice..
aku suka..
aku puas..
hahaha..
tapi macam syg pulak nk menulis..
kaler buku ni agak klasik aceli..
tu yang buat aku lagi suka..
hahaha..
lepas aku beli tadi masa bukan plastik dy baru aku perasan ada quote kat belakang dia..
pehh menyentuh hati kot..
ni haa..

Life is sweet
layers and layers of challenges, some dramatizes love,
some texturizes beauty.the deeper it goes,
the more it melts away impurities, leaving only happy memories.

welcome to your official owner libro.!
i'll surely be nice to you..promise!!
hee

18 February 2014

4 flat

yg bawah belah kanan belah kiri tu..
kawan aku dapat 4 flat..
bukan aku ok..
bukan sama sekali..
xsempat nk gapai..
hahaha..
terkejut jugak sbb makcik ni mmg jenis perahsia..
nak dijadikan cerita..
tadi slip result da keluar..
syarat baru sem ni kene ambik sendiri..
sign sendiri..
depan staf kat situu..
pehhh..
so aku pegi la..
kire aku ni antara yang terawal la g ambik..
sbb org lain xtahu lagi slip tu da keluar..
ye ar 1st week kot..
sebelum ni 3rd or 4th week baru keluar..
rezeki sem dapat tgk result org..
heee..
terkejut beruk aku nampak AAAA je kat gred dy..
masa tu xnampak nama lg..
4 kali aku baca nama dy..
pehh.
dasat..
4 flat kau..
melayu pertama yang dapat 4 flat..
pehh..
pehhh..
pehhh..
apepun tahniah..
tapi aku post macam ni xde la nk cakap aku kecewa ngan result aku..
x sama sekali..
aku puas dgn apa yg aku dapat..
setakat aku expect sikit je..
tapi ALLAH bagi lebih..
syukur syukur syukur..
sem ni sem last dah..
agak agak merasa tak aku dapat 4 flat..??
tepuk dada tanya iman..
heeee..


15 February 2014

kenapa.?

kenapa aku stay up malam ni?
kenapa?
haha..
actually aku wajib siapkan chapter 2 & 3 by this week..
tapi..
hahaha..
malam ni jugak la jari jemari menggedik nk update blog..
merapu pulak tu..
persoalannya..
mampu ke aku siapkan malam ni?
???????
haha..
ok lets start now!!
oo yeahhhh!!

aku dan impian


aku punya impian..
da lama aku simpan..
tapi belom cukup kuat untuk laksanakan..
impian aku..
aku mahu berbakti pada mereka..
mereka yg nasibnya xsama dengan aku..
aku mahu sama sama jaga keturunan mereka..
aku mahu jadikan mereka menjadi penyalur pahala buatku buat ibu bapanya bila di sana nanti..
aku tahu..
da ramai yg cakap..
bukankah melalui rahim sendiri..
bukankah melalui sebuah masjid lagi bagus..
betol..
betol sgt..
tapi kita tak sama awak awak..
aku lain..
kau lain..
kau lain..
cerita hidup kita berbeza..
tapi takpa..
aku xpernah bantah apa yang korang cakap..
semua tu betol..
tapi ada jugak yg tanya aku..
kau xrisau ke dengan keturunan mereka??
tak sama sekali..
mereka x ada dosa..
mereka syurga..
mereka suci..
mereka xminta itu takdir mereka..
sepertimana aku xminta ini takdir aku..
tapi..
ini IMPIAN..
jika berkesempatan..
jika berpeluang..
aku mahu laksanakan..
InsyaALLAH..

sakit ujian

found out this picture..


Ya ALLAH..
sakit..
sakit ya ALLAH..
sungguh aku xkuat untuk lawan..
sungguh..
My Lord..
please guide me throughout all these..
amin amin..

result da keluar

since arini result kluar so nk cakap pasal result la..
eh semalam la..
apa??
result aku??
syukur syukur syukur..
Alhamdulillah..
tapi aku tahu ramai kawan kawan aku yg kecewa ngan result dyorang..
ya ALLAH tabahkan mereka..
xpa dude..
cer tengok ni..


yess..
definitely not..
cett aku cakap macam pointer aku bagus sgt..
haha..
semestinya TAK..
tapi itu sudah cukup utk aku..
cukup sgt..
aku mintak sikit je..
tapi ALLAH bagi lebih..
ALHAMDULILLAH..
satu sem saja lagi..
sebelom melangkah ke satu dunia lain..
yg jauh berbeda..
yg pastinya menjanjikan pelbagai ujian..
ya ALLAH guide me to the right path..
amin amin..

my babies

Newborn..
The heroes..

muhammad akif naufal
muhammad naim rusydi
danial haziq
Allahuakbar..
Masa awak awak lahir..
Makteh tengok muka awak awak dalam handphone je..
Tak pernah berkesempatan bersama meraikan awak awak ke dunia..
Tapi takpe makteh x risau..
Sebab..
Makteh ada seumur hidup nak menatap wajah awak awak..
Heee..

rindukan itu..

..makteh miss u baby..
Ya Allah, make me speak with guidance,
Ya Allah, inspire me with piety,
Ya Allah, give me success for that which is most pure,
Ya Allah, employ me in what is most pleasing to You.
Ya, Allah, let me walk on the most exemplary path,
Ya Allah, let me live and die on Your creed.

AMEEN