24 November 2013

La tahzan innallah ha ma’ana

 “Don’t be sad, Allah is with us”

Ada saat mata terpejam seketika,
ada saat air mata mengalir sepi,
ada saat mulut diam membisu,
ada saat kaki lemah melangkah.

Tapi hati kecil kuat berkata,
sabarlah, Allah kan ada.
Kuatlah kembali demi Dia,
raihlah semangat kerana Dia,
bangunlah semula kerana Dia.

:')


23 November 2013

Tenangnya Enta Bersemadi

Assalamualaikum.. Salam Muharam..

AS-SYAHID AHMAD AMMAR

Kisah perjalanan hidupnya bersemadi di hati setiap manusia berjiwa hamba di pelusuk dunia..
Jasadnya bersemadi di samping Sahabat Nabi Abu Ayub Al-Ansari..
Sungguh ana cemburu..

Lantas ana fikir ada eloknya ana semadikan video kisah beliau di dada blog ana..
Moga ana tak lupa siapa Ahmad Ammar..
Moga ana tak lupa siapa ana..
Moga sampai Mati ana ada ini sebagai secebis zarah sumbangan ana pada Islam..
Moga moga membawa ana ke tempat sama sepertinya..
In shaa ALLAH..

Adik Ammar..
Sampaikan salam kakak buat penghuni syurga..

Alhamdulillah..


Selagi belum kiamat, sesiapa baca blog ni, belum tentu ana ada bernafas di Bumi ALLAH..
Doakan ana ke syurga..

Sungguh Aku Cemburu

Assalamualikum..Salam Muharam..



Ya Allah..
Salahkah ana mahu merasa cemburu dengan insan ini..
Ya Allah..
Kematiannya sungguh menghidupkan jiwa ana..
Hidupnya hanya mengharapkan RedhaMU..
Matinya bersemadi bersama para solihin..
Kisahnya disanjung serata umat berjiwa hamba di muka dunia..
Perjuangannya menjadi bualan sahabat seperjungan jua manusia sesaudara..
Semangat Jihadnya menuju SYAHID diperakui..

Ya ALLAH malunya ana dengan sendiri..
22 tahun menumpang lantai bumiMU..
22 tahun berteduh di bawah langitMU..
22 tahun hidup berhutang nikmatMU..
22 tahun bernafas bersama RahmatMU..
Tak pernah sekali ana terfikir untuk syahid..
Tak pernah sekali ana terfikir untuk berjuang demi Agama..
Tak pernah sekali ana bernafas semata semata mencari REDHAMU..
Astaghfirullahhalazim..

Ana mengkambing-hitamkan masa silam..
Astaghfirullahhalazim..
Semata mata beralasan tiada Nikmat untuk ana..
Ana lupa..
Semua tu sudah tercatat dalam kamus takdir hidup ana yg telah ENGKAU tetapkan..
Ana lupa mensyukuri nikmatMU..
Ana lupa ana punya Tuhan yg Maha Kuasa, Maha Mengetahui segalanya kisah hidup ana..
Ana lupa..ana lupa..ana lupa..

Ampunkan ana Ya Tuhan..
Ampunkan ana Ya ALLAH..
Ya Rahman, Ya Rahim.. 

Damailah engkau diSANA duhai..

Şehıdımız Ahmad Ammar

Sampaikan Rinduku pada SYURGA..

22 November 2013

Latest edition


Assalamualaikum.. salam muharam..

lama sangat rasanya ana x mengupdate blog..

da final year mungkin..
haha..

ok today nk perkenalkan latest edition of family..
actually umat muhammad ni da hampir dua bulan menjenguk dunia..
tp tihnya ni terlebih bizi xsempat nk megupdate..
haha alasan..

ni haa..
nama penuh: Danial Haziq bin Mohd Khairol Haswadi (nama bapak lg pnjg.)
mama papa panggil: Danial
tokma tokbah panggil: Haziq (katanya terbelit lidah nak sebut Danial takut tiba2 tersasul jd Dunia..haha)
tih panggil: Dani (kiut ngat org nama Dani ni bukan Danny ok.)
makcik pakcik panggil mcm mcm..

first day melihat dunia..
welcome to the world little D..
comel ngatss..muka mama dia ni..xde papa langsung..

1 month bernafas di dunia..
makin bam bam da sekarang..
yang sedihnya tih xberkesempatan lagi nk tengok awak..awak jangan cepat besar dulu yer nak..maktih nak tengok awak masa baby dulu..mood maktih sekarang ni sebab da 22 kan..mood nk ada anak sendiri da..haha

eh lupa bukan ni sorang jep yg latest edition ada sorg lagi..haihh maktih boleh pulak terlupa..

ni haa..
nama penuh: Muhammad Adib Mubasyir bin Mohd Junaidi
semua orang panggil including maktih: Adib.

day 1 jenguk dunia..

after 1 week..
dua dua cheeky boy ni lahir selang dua hari ja..
da macam kembor da..
haha..

ni maktih doakan moga awak awak nanti jadi mujahid menuju syurga..
mudahkan laluan syurga buat mama papa ma abah..
jadi kuat..
jadi manusia hebat di mata Tuhan..
moga moga nanti bila maktih dah xda daya lg..
maktih ada awak awak tempat berlindung..
moga ALLAH lindungi awak awak hingga syurga..
amin..
In Syaa ALLAH 

Mujahid Mencari Bidadari

Assalmualaikum..salam muharam..
Subhanallah cemburu sungguh ana dengan saudara Ammar ni..


Wahai mujahid muda, 
perjuanganmu membakar semangat aku untuk terus berbakti kepada umat.


Wahai Ammar, tenanglah kamu di sana. 
Syurga menantimu. 



Saat ini, air mata deras mengalir.
 Kagum denganmu mujahid muda. 
Syahid ketika berjuang menuntut ilmu.

Pemergianmu benar membuat aku sedar. 
Sumbangan aku masih kecil berbanding kamu wahai Ammar. 
Jangankan pada agama.
Pada diri sendiri pun xcukup sempurna lagi.

Al-Fatihah untuk arwah Ammar. 
Bersemadilah dengan aman. 
Moga roh arwah dicucuri rahmat..