23 November 2013

Sungguh Aku Cemburu

Assalamualikum..Salam Muharam..



Ya Allah..
Salahkah ana mahu merasa cemburu dengan insan ini..
Ya Allah..
Kematiannya sungguh menghidupkan jiwa ana..
Hidupnya hanya mengharapkan RedhaMU..
Matinya bersemadi bersama para solihin..
Kisahnya disanjung serata umat berjiwa hamba di muka dunia..
Perjuangannya menjadi bualan sahabat seperjungan jua manusia sesaudara..
Semangat Jihadnya menuju SYAHID diperakui..

Ya ALLAH malunya ana dengan sendiri..
22 tahun menumpang lantai bumiMU..
22 tahun berteduh di bawah langitMU..
22 tahun hidup berhutang nikmatMU..
22 tahun bernafas bersama RahmatMU..
Tak pernah sekali ana terfikir untuk syahid..
Tak pernah sekali ana terfikir untuk berjuang demi Agama..
Tak pernah sekali ana bernafas semata semata mencari REDHAMU..
Astaghfirullahhalazim..

Ana mengkambing-hitamkan masa silam..
Astaghfirullahhalazim..
Semata mata beralasan tiada Nikmat untuk ana..
Ana lupa..
Semua tu sudah tercatat dalam kamus takdir hidup ana yg telah ENGKAU tetapkan..
Ana lupa mensyukuri nikmatMU..
Ana lupa ana punya Tuhan yg Maha Kuasa, Maha Mengetahui segalanya kisah hidup ana..
Ana lupa..ana lupa..ana lupa..

Ampunkan ana Ya Tuhan..
Ampunkan ana Ya ALLAH..
Ya Rahman, Ya Rahim.. 

Damailah engkau diSANA duhai..

Şehıdımız Ahmad Ammar

Sampaikan Rinduku pada SYURGA..

No comments:

Post a Comment