Bismillahirrahmanirahim..
Alhamdulillah, niat yang selama ini terkubur, akhirnya terlaksana..
D'Stong Homestay
Sebenarnya hampir 4 tahun da kami terlibat dengan projek homestay ni..
Tapi sebelum ni kami hanya menerima pelanggan yg di bawa oleh kementerian pelancongan sahaja..
Idea utk menjalankan projek homestay dengan jenama kami sendiri ni bermula masa pasca banjir haritu..
Masa tu demand utk homestay sgt tinggi sampaikan homestay kami yg hanya ada 1 bilik di inap oleh 40 orang..
So masa tu la kami mula pikir nak upgrade produk kami..
Nahh sekarang da jadi 2 bilik dan dalam proses utk jadi 3 bilik + 3 bilik air..
Selain perkhidmatan homestay, kami juga menyediakan perkhidmatan tempahan makanan..
Ni sesuai dengan lokasi homestay kami yang berdekatan dengan pusat pelancongan yang saban hari dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara..
cehhh..
Antaranya ialah Gunung Stong dan Gua Ikan..
Gunung Stong
Gua Ikan
Sungai Kenerong
Sungai Kenerong adalah satu lagi tempat yg menarik yang boleh dikunjungi..
Tetapi setiap pengunjung yg ingin mengujungi tempat ni hendaklah menutup aurat sepenuhnya..
Sebab kat situ ada satu sekolah pondok berhampiran iaitu Pondok Tarbiah Al Aulad..
Tapi kami berani jamin tempatnya sgt2 lah cantik..
ok see uol in d next post utk details pasal homestay kami..
kbai.!
No comments:
Post a Comment