• CCTV adalah
surveillance camera system atau kamera pengawas, yang terdiri dari kamera dan
system DVR (Digital Video Recording)
• Antara kegunaan CCTV
adalah untuk mengawasi dan merakam segala bentuk kejadian dalam suatu area /
lokasi
• CCTV dapat digunakan
sebagai “pengawal” / alarm pengaman disesebuah area / lokasi
• Apakah tindakan anda
jika segala kelakuan, perbuatan , percakapan, pergerakan anda diperhatikan dan
dirakam?
MASTIKA HADIS
“Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua malaikat untuk
menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hambanya (satu
di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya); kemudian apabila
orang itu mati…maka Tuhan perintahkan kedua malaikat itu dengan firmannya:
‘Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaku itu serta hendaklah kamu
mengucap tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat, dan hendaklah kamu
menulis pahalanya untuk hambaku itu.’”
BERIMAN KEPADA MALAIKAT
• Merupakan salah satu
daripada rukun Iman.
• Malaikat merupakan
makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya(nur) dan sentiasa melaksanakan
perintah Allah swt.
FIRMAN ALLAH SWT
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا
تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ .
إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ .
مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
ERTINYA..
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan
mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat lehernya,
(Iaitu) ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.
(Iaitu) ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.
رقيب عتيد
• Raqib dan ‘Atid adalah
dua sifat kepada dua malaikat pencatit amalan. Ini bermaksud malaikat yang
berada di sebelah kanan dialah juga yang bersifat Raqib dan dialah juga yang
bersifat ‘Atid, demikianlah malaikat yang berada di sebelah kiri dialah juga
yang bersifat dengan sifat Raqib dan juga ‘Atid.
PENGERTIAN RAQIB ATID
Raqib: adalah yang memerhatikan semua urusan (seseorang
insan), yang memelihara, yang menyaksikan,
Atid: Dia yang hadir dan tidak menghilangkan diri,
yang disediakan untuk memelihara, sama ada untuk memelihara atau untuk
menyaksikan.
IMPLIKASI..
• Akan menjadi seorang
yang produktif - tahu tujuan dan matlamat hidup.
• Menjalankan tugas
sebagai khalifah di bumi - menjalani kehidupan ini tanpa mendatangkan mudharat
kepada manusia lain atau kepada persekitarannya.
• Menjadi seorang yang
bertanggungjawab – percaya bahawa setiap orang akan dipertanggungjawabkan
sepenuhnya atas tindakannya di akhirat nanti.
• Ibadat akan menjadi
lebih sempurna.
• Sentiasa berusaha
meningkatkan amal ibadat.
KESIMPULAN
Setiap orang Islam wajib meyakini bahawa segala perbuatannya
akan dicatat oleh Malaikat dan akan dihisab pada hari akhirat.
Jika di dunia kita berasa takut melakukan kesalahan kerana
ada CCTV maka sepatutnya kita lebih takut untuk bermaksiat kepada Allah kerana
malaikat pencatit amalan lebih hebat daripada CCTV.
Malaikat yang diutuskan untuk mencatit amalan manusia tidak
pernah lalai dalam menunaikan tanggungjawab.