24 December 2012

CCTV dan Raqib Atid


APA ITU CCTV?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDFxJgEYozIF1wlQKspxP33uMWRjqGiuZG5gtGdUfNMEO7inzstMkemiiMDQGxnyzsUUCrS6iK3LwMjBXqbsH795kaJSuevaPY7nElIS1Pk7oh6PNY4W0Cp1lXJ1KPwWxyqj8KhOIHbYo/s1600/images2.jpg
•      CCTV adalah surveillance camera system atau kamera pengawas, yang terdiri dari kamera dan system DVR (Digital Video Recording)
•      Antara kegunaan CCTV adalah untuk mengawasi dan merakam segala bentuk kejadian dalam suatu area / lokasi
•      CCTV dapat digunakan sebagai “pengawal” / alarm pengaman disesebuah area / lokasi
•      Apakah tindakan anda jika segala kelakuan, perbuatan , percakapan, pergerakan anda diperhatikan dan dirakam?

MASTIKA HADIS

“Sesungguhnya Allah telah menugaskan dua malaikat untuk menulis segala apa yang dilakukan atau dituturkan oleh seseorang hambanya (satu di sebelah kanannya dan yang satu lagi di sebelah kirinya); kemudian apabila orang itu mati…maka Tuhan perintahkan kedua malaikat itu dengan firmannya: ‘Hendaklah kamu berdua tinggal tetap di kubur hambaku itu serta hendaklah kamu mengucap tasbih, tahmid dan takbir hingga ke hari qiamat, dan hendaklah kamu menulis pahalanya untuk hambaku itu.’” 

BERIMAN KEPADA MALAIKAT

•      Merupakan salah satu daripada rukun Iman.
•      Malaikat merupakan makhluk Allah yang dijadikan daripada cahaya(nur) dan sentiasa melaksanakan perintah Allah swt. 

FIRMAN ALLAH SWT

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ . إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ . مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

ERTINYA..

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
 (Iaitu) ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.
Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

رقيب عتيد

•      Raqib dan ‘Atid adalah dua sifat kepada dua malaikat pencatit amalan. Ini bermaksud malaikat yang berada di sebelah kanan dialah juga yang bersifat Raqib dan dialah juga yang bersifat ‘Atid, demikianlah malaikat yang berada di sebelah kiri dialah juga yang bersifat dengan sifat Raqib dan juga ‘Atid. 

PENGERTIAN RAQIB ATID

Raqib: adalah yang memerhatikan semua urusan (seseorang insan), yang memelihara,  yang menyaksikan,

 Atid: Dia yang hadir dan tidak menghilangkan diri, yang disediakan untuk memelihara, sama ada untuk memelihara atau untuk menyaksikan.

IMPLIKASI..

•      Akan menjadi seorang yang produktif - tahu tujuan dan matlamat hidup.
•      Menjalankan tugas sebagai khalifah di bumi - menjalani kehidupan ini tanpa mendatangkan mudharat kepada manusia lain atau kepada persekitarannya.
•      Menjadi seorang yang bertanggungjawab – percaya bahawa setiap orang akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas tindakannya di akhirat nanti.
•      Ibadat akan menjadi lebih sempurna.
•       Sentiasa berusaha meningkatkan amal ibadat. 

KESIMPULAN

Setiap orang Islam wajib meyakini bahawa segala perbuatannya akan dicatat oleh Malaikat dan akan dihisab pada hari akhirat.

Jika di dunia kita berasa takut melakukan kesalahan kerana ada CCTV maka sepatutnya kita lebih takut untuk bermaksiat kepada Allah kerana malaikat pencatit amalan  lebih hebat daripada CCTV.

Malaikat yang diutuskan untuk mencatit amalan manusia tidak pernah lalai dalam menunaikan tanggungjawab.

No comments:

Post a Comment