assalamualaikum n salam 100313...
syukur masih diberi peluang untuk bernafas hari ni..ALHAMDULILLAH..
Entah mengapa rasa begini. Sedih dan mahu menangis. Tetapi, airmata tetap berdegil untuk memunculkan dirinya. Tiada daya, dan tiada upaya dalam memaksa. Malah, saya jenis manusia yang tidak suka memaksa. Biarlah seseorang itu belajar dalam memilih. Kerana hidup ini adalah pilihan.
Tidak perlukan bahu. Tidak perlukan tisu. Saya tetap akan sedih. Tetap akan menangis. Manusia, tidak akan lari daripada sifat fitrahnya. Fitrah yang membawa diri kita lebih dekat dan rapat dengan Allah SWT. Insya-Allah.
Monolog diri.
"Hey... kau tahu apa kelemahan manusia?"
"Harta?"
"Salah."
"Keluarga?"
"Pon salah."
"Facebook?"
"Erk... lagi lah salah."
"Habis apa?"
"Ini salah. Mana boleh soalan dijawab dengan soalan. Tak best langsung."
"Hmmm... aku tak tahu."
"Dah lah salah. Sekarang pula, menyerah kalah."
"Ya... "
"Hey... buat apalah Tuhan kurniakan akal dan iman untuk manusia seperti kita ini. Haish.. "
"Adesss... kau je lah bagi jawapan. Mudah bukan?"
"Apalah. Baik. Aku boleh berikan kau jawapan. Tapi, selepas aku berikan kau jawapan... aku mahu kau berusaha berfikir. Itu sudah memadai buatmu!"
"Ok."
"Ada dua kelemahan manusia. Pertama, nafsu. Dan kedua, syaitan."
"Erk... menakutkan. Bukan ke para kekasih-Nya dan para wali-Nya itu terpelihara. Sudah pasti, mereka boleh tewaskan kelemahan ini."
"Hahahaha... nasir oh nasir."
Kita, ada kesilapan yang tersendiri. Bak kata sahabat yang dikasihi, setiap daripada kita, ada bahagian masing-masing. Saya mengerti. Bahkan, saya akui tentang itu. Namun, soal kelemahan.. entahlah. Agak terpukul bilamana diri ketahui bahawa kelemahan kita adalah nafsu dan syaitan. Susah, sukar. Acap kali, diri ini kalah.
Tewas.
Gagal.
T.K.O!
Dan, kerana ke egoan diri pula.. mudah pula kita memandang pada perkara lain. Memandang diri sendiri itu, entah ke berapa pun tidak tahu.
Ya, tidaklah salah jika kita memandang pada perkara lain itu untuk diri kita juga. Boleh jadi, ia juga mampu menyumbang sedikit manfaat. Mungkin. Namun, usahlah kita terlalu asyik dan takjub dengan apa yang kita pandang sehingga kita melupakan diri. Itu, tidak sedar diri namanya!
Jika diambil secara motivasi... andai manusia lain mampu berjaya, kita pun sama. Jangan nafikan diri itu kalah. Jangan katakan ya pada yang salah. Jangan! Semangat waja sikit.
Dan, tidak dinafikan juga bahawa... kekadang kita ini sering terlepas pandang. Kalau dah tahu kelemahan diri itu nafsu dan syaitan, usah pandang lain. Usah sibukkan diri dengan meneliti dan berperah otak dalam menggali kelemahan nafsu dan syaitan. Pulang sahaja pada pangkal jalan.
'Nafsu dan syaitan itu, apa yang buatkan mereka tertewas.' pening.
Muhasabah.
Bukan kah segala apa yang diciptakan semua ini datangnya daripada-Nya?
Bukan kah DIA itu MAHA DEKAT?
Bukan kah kita ini dipinta untuk sentiasa memohon, mengharap, meminta kepada-Nya?
Fuh~
Tidak perlu pergi nun jauh. Fikir dalam-dalam, sehingga Albert Einstein pun kalah. Botak kepala.
Jadi, jawapan telah diketahui. Apa tunggu lagi. Taatkan sahaja dirmu yang penuh dengan debu-debu dosa itu. Setiakanlah dirimu pada Allah dan Rasul-Nya.
Sesiapa yang mencintai Allah azza wa jalla, maka ikutilah jejak langkah Rasulullah SAW. Ia sunnah. Sunnah itu tersiratnya hikmah. Sunnah yang mampu mengalahkan nafsu dan syaitan.
Insya-Allah!
No comments:
Post a Comment