30 March 2013

The real AKU..


Aku kata “Astaghfirullah”
tetapi hatiku masih gemar akan maksiat..

Aku kata “wa atubu ilaih”
tetapi jasadku masih melakukan dosa sama..

Aku kata “wa nadimna ya Allah”
tetapi kesilapan lalu masih kuulangi..

Aku kata “Subhanallah”
tetapi aku tidak mampu menghayatinya..

Aku kata “Alhamdulillah”
tetapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya..
Aku kata “Allahuakbar”
tetapi cintaku lebih kepada dunia..

Aku kata “ma fi qalbi ghairullah”
tetapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal..

Aku kata “aku tak layak ke syurga
tetapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan
aku kuat untuk rasa pedih api neraka..

Aku kata aku ingin mendekati-Mu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku..

Aku malu dengan sepasang mata kurniaan-Mu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia..

Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal..

Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa..

Aku malu...

No comments:

Post a Comment