05 June 2013

Sejarah oh Sejarah

Assalammualaikum..


Sejarah tetap sejarah.
Sejarah saya masa SPM dulu dapat B tau..(jujur gila..hahahah..abang sy ckap "bek ko xyah jd org melayu kalo sejarah pom xleh dapat A.." aku jawab "biar r result aku"..bangga gila time tu boleh dapat B)..sebab?nak tahu sebab apa?ok xmo salahkan cikgu walaupom 10% sbb tu dtg dr cikgu..10% je, 90% lagi saya memang xsuka sejarah + saya ni mmg malas membaca..hahaha ok xnak cakap pasal sejarah tu ni sejarah lain..

Hidup kita takan indah tanpa sejarah..Mungkin masa kita sedang melalui situasi tu kita rasa perit.. Tapi suatu hari nanti, bila kita kenang kisah yang dulunya perit dah bertukar satu kisah yang indah dan menarik..

Siapalah kita tanpa sejarah..?

Sejarah selalunya buat kita tersenyum, ada juga yang buat kita menangis, ada juga yang buat kita sakit hati, yang buat kita marah.. Tapi percayalah.. semua itu akan terubat dengan masa.. ya..masa mengubah segalanya...insyALLAH..

Sejarah ialah hakikat. Tak apa jika tidak mahu mengingatinya. Tak apa jika tidak mahu menghayatinya. Tak apa untuk mencuba melupakannya. Tapi cubalah imbas sekali, cari yang indahnya, cari yang manisnya, cari yang sayunya, cari yang syahdunya, cari yang baiknya. insyallah..

Ada hikmah kenapa DIA mencoretkan 'cerita' itu pada kita.

Pandanglah ke depan, tapi...sekali sekala, tolehlah ke belakang.. 

Di depan itu harapan.. di belakang itu pengajaran..

;)

No comments:

Post a Comment