25 December 2013

"Make Me Strong"


I know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day I’ll be ok
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
Help me find my way

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

I know I’m waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery
I wish that somehow
You’d tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we’ll never know cause
That’s not the way it works
I beg for your mercy

My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong
Sometimes it just gets too much
I feel that I’ve lost touch
I know the road is long
Make me strong

16 December 2013

lupa? jangan!


salam december

Selalu.

Memang macam tu.
Lupa segala.
Tenggelam dalam dunia.
Yang down gila, dah tak ingat apa. Rasa nak terjun bangunan aja.
Ish! Gila?

Kau lupa?
Kau lupa?
Lupa?
Lupa Tuhan ada?

Pandang langit. Luas je rasa.
Maka yakin-lah. 
Ampunan Allah, Rahmat Allah, Cinta Allah, lebih luas dari itu.

Yakin, Tuhan ada. 
Sentiasa.

12 December 2013

sabar



ya ALLAH tabahkanlah hati ini..
buang perasaan benci ini..
simpan perasaan benci ini..
aku tak mahu hidup dalam rasa benci..
pelihara hati ini ya ALLAH..
pelihara silaturrahim ini ya ALLAH..
semarakkan kasih sayang antara kami..
satukan hati hati kami..

11 December 2013

danial haziq

assalamualaikum n salam safar n salam 11.12.13..

xsabaq nk jumpa mujahid kecil ni..


comel betol mujahid kecil ni..
lena tidurnya..

09 December 2013

counting days

assalmualaikum n salam safar..

ana xsabaq nk jumpa mujahid kecik ni..
5 hari je lagi..
moga dipermudah segala urusan..
moga abah sihat...

#kita hanya merangcang, selebihnya segala di tangan Yang Maha Esa..


burrrr sejuk kat puncak titiwangsa (kata mamanya..)
otw blik jumpa tokma tokbah ni..


ngeeeeeee...
cheeky smile for tih..
ni lg buat tih xsabaq ni..


bila aku rindu ammar

assalamualaikum n salam safar..


wowoott..time study week ni..insha ALLAH ana juga akan pegi ni..insha ALLAH insha ALLAH..
i wish i could bring akif n naim along..
moga semangat mujahideen enta meresap masuk ke jiwa mereka..

#memang ana rindu enta ammar..


jasa baktimu di kenang..
hidupnya jiwa jiwa mati disyukuri..
moga ALLAH permudahkan laluan enta ke syurga..


ni termasuk dalam wishlist..
dari dulu lg tempat impian yg ana nak pegi ialah Istanbul n Dubai..
moga satu hari diperkenankan Ilahi..
jika berkesempatan ana nak melawat kubur enta..
jika diberi peluang ana nak bawak anak2 ana..
Insha ALLAH.. 



ermmmm

asslamulaikum n salam safar..

ini copy paste aja..
alahai cinta..


Ada manusia yang menolak cinta seseorang perempuan hanya kerana dosa silam perempuan itu .

1. Dulunya perempuan itu, pernah bercinta dengan lelaki lain .
2. Dulunya perempuan itu, tidak menutup aurat .
3. Dulunya perempuan itu, bersosial dan bergaul bebas .
4. Dulunya perempuan itu, pernah terlanjur dengan lelaki lain .

Sedangkan kini perempuan itu sudah taubat dari dosa silamnya . Sudah solehah amalannya dan sudah baik akhlaknya .

Lelaki itu adalah lelaki yang tidak mahu menerima hakikat insan , sedangkan perempuan yang bertaubat itu sudah diangkat darjat mulia oleh Allah.

Kerana manusia yang soleh dan solehah itu akan berperang melawan nafsu dan dirinya lebih mulia di sisi Allah berbanding malaikat yang taat..

03 December 2013

rindu mujahid muda

assalamualikum..

sebulan sudah Åžehıdımız Ahmad Ammar kembali ke pangkuan Ilahi..
entah mengapa teras seolah baru semalam ana mengenali beliau..
pada hakikatnya kami xpernah bersua..
malah wujudnya dia xpernah ana sedari..
namun ana rasa terhutang sebulan sudah sesuatu dengannya..
sesuatu yang ana sendiri xtahu cara apa ana nak bayar..
ya ana tahu..
doa..
doa ana buat enta ammar..
berbahagialah enta di syurga sana..
terima kasih ammar..
pemergianmu sungguh menghidup jiwa ana..
ini bukti ALLAH Maha Hidup..
DIA mematikan enta seorang tapi menghidupkan berjuta jiwa yg mati, hampir mati, atau mungkin layu..
SUBHANALLAH..

we miss you as-syahid ammar..
i miss you sehidimiz.!!



aku cuba, makin rindu

aku cuba..
aku cuba untuk tak baca lagi kisah-kisahnya..
aku cuba untuk xtengok lagi video-video tentangnya..
aku cuba untuk xkorek lagi segala rahsia tentangya..

tapi xmampu..
sungguh aku xmampu..

saat jiwa hampir layu..
saat kaki hampir tersungkur..
saat hati mula menurut pujukan syaitan..
saat setiap anggota mula goyah tunduk dek nafsu xguna..

saat itulah kematiannya menfhidupkan jiwaku..
saat itulah sejarah hidupnya membuat aku terpana..

ya ALLAH hebat sungguh dia..
pasti sedang bergembira di alam sana..
ya ALLAH bayak sumbangannya pada agama..
pasti akan ku cuba teladani agar jalanku mampu menyaingi dia..

demi ALLAH sungguh aku cemburu dengan mu..
Şehıdımız Ahmad Ammar..
sungguh..
moga satu hari aku dapat melahirkan AMMAR yg baru buat dunia..
inshaa ALLAH..

terima kasih dik awak menghidupkan banyak jiwa..
awak menghidupkan jiwa saya..
kekal la dalam ingatan saya..



02 December 2013

this worldly life

Assalamualaikum worldly life..


Maher Zain - This Worldly Life

How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We've all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn't put me here in vain
I know I'll be held accountable for what I do
This life is just a journey 
And it's taking me back to You

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they'll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation, oh

This worldly life has an end
And it's then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It's just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever




01 December 2013

erti syukur

Assalmaulaikum and salam 1 disember..

subhanallah..
alhamduillah..
lailahaillah..
allahuakbar..

syukur syukur syukur..

harini masih lagi terus bernafas..
tersentuh ana dengan satu post hamba ALLAH ni..

"jambatan yang runtuh xmungkin di pulih dalam masa sehari.."

jambatan??
ya hidup kita adalah jambatan untuk kita meneruskan perjalanan ke destinasi asal kita..
jangan sekali kita lupa dari ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali..
persoalannya apa bekalan yg kita bawak untuk kesana?

#kedengaran azan maghrib berkumandang#

24 November 2013

La tahzan innallah ha ma’ana

 “Don’t be sad, Allah is with us”

Ada saat mata terpejam seketika,
ada saat air mata mengalir sepi,
ada saat mulut diam membisu,
ada saat kaki lemah melangkah.

Tapi hati kecil kuat berkata,
sabarlah, Allah kan ada.
Kuatlah kembali demi Dia,
raihlah semangat kerana Dia,
bangunlah semula kerana Dia.

:')


23 November 2013

Tenangnya Enta Bersemadi

Assalamualaikum.. Salam Muharam..

AS-SYAHID AHMAD AMMAR

Kisah perjalanan hidupnya bersemadi di hati setiap manusia berjiwa hamba di pelusuk dunia..
Jasadnya bersemadi di samping Sahabat Nabi Abu Ayub Al-Ansari..
Sungguh ana cemburu..

Lantas ana fikir ada eloknya ana semadikan video kisah beliau di dada blog ana..
Moga ana tak lupa siapa Ahmad Ammar..
Moga ana tak lupa siapa ana..
Moga sampai Mati ana ada ini sebagai secebis zarah sumbangan ana pada Islam..
Moga moga membawa ana ke tempat sama sepertinya..
In shaa ALLAH..

Adik Ammar..
Sampaikan salam kakak buat penghuni syurga..

Alhamdulillah..


Selagi belum kiamat, sesiapa baca blog ni, belum tentu ana ada bernafas di Bumi ALLAH..
Doakan ana ke syurga..

Sungguh Aku Cemburu

Assalamualikum..Salam Muharam..



Ya Allah..
Salahkah ana mahu merasa cemburu dengan insan ini..
Ya Allah..
Kematiannya sungguh menghidupkan jiwa ana..
Hidupnya hanya mengharapkan RedhaMU..
Matinya bersemadi bersama para solihin..
Kisahnya disanjung serata umat berjiwa hamba di muka dunia..
Perjuangannya menjadi bualan sahabat seperjungan jua manusia sesaudara..
Semangat Jihadnya menuju SYAHID diperakui..

Ya ALLAH malunya ana dengan sendiri..
22 tahun menumpang lantai bumiMU..
22 tahun berteduh di bawah langitMU..
22 tahun hidup berhutang nikmatMU..
22 tahun bernafas bersama RahmatMU..
Tak pernah sekali ana terfikir untuk syahid..
Tak pernah sekali ana terfikir untuk berjuang demi Agama..
Tak pernah sekali ana bernafas semata semata mencari REDHAMU..
Astaghfirullahhalazim..

Ana mengkambing-hitamkan masa silam..
Astaghfirullahhalazim..
Semata mata beralasan tiada Nikmat untuk ana..
Ana lupa..
Semua tu sudah tercatat dalam kamus takdir hidup ana yg telah ENGKAU tetapkan..
Ana lupa mensyukuri nikmatMU..
Ana lupa ana punya Tuhan yg Maha Kuasa, Maha Mengetahui segalanya kisah hidup ana..
Ana lupa..ana lupa..ana lupa..

Ampunkan ana Ya Tuhan..
Ampunkan ana Ya ALLAH..
Ya Rahman, Ya Rahim.. 

Damailah engkau diSANA duhai..

Şehıdımız Ahmad Ammar

Sampaikan Rinduku pada SYURGA..

22 November 2013

Latest edition


Assalamualaikum.. salam muharam..

lama sangat rasanya ana x mengupdate blog..

da final year mungkin..
haha..

ok today nk perkenalkan latest edition of family..
actually umat muhammad ni da hampir dua bulan menjenguk dunia..
tp tihnya ni terlebih bizi xsempat nk megupdate..
haha alasan..

ni haa..
nama penuh: Danial Haziq bin Mohd Khairol Haswadi (nama bapak lg pnjg.)
mama papa panggil: Danial
tokma tokbah panggil: Haziq (katanya terbelit lidah nak sebut Danial takut tiba2 tersasul jd Dunia..haha)
tih panggil: Dani (kiut ngat org nama Dani ni bukan Danny ok.)
makcik pakcik panggil mcm mcm..

first day melihat dunia..
welcome to the world little D..
comel ngatss..muka mama dia ni..xde papa langsung..

1 month bernafas di dunia..
makin bam bam da sekarang..
yang sedihnya tih xberkesempatan lagi nk tengok awak..awak jangan cepat besar dulu yer nak..maktih nak tengok awak masa baby dulu..mood maktih sekarang ni sebab da 22 kan..mood nk ada anak sendiri da..haha

eh lupa bukan ni sorang jep yg latest edition ada sorg lagi..haihh maktih boleh pulak terlupa..

ni haa..
nama penuh: Muhammad Adib Mubasyir bin Mohd Junaidi
semua orang panggil including maktih: Adib.

day 1 jenguk dunia..

after 1 week..
dua dua cheeky boy ni lahir selang dua hari ja..
da macam kembor da..
haha..

ni maktih doakan moga awak awak nanti jadi mujahid menuju syurga..
mudahkan laluan syurga buat mama papa ma abah..
jadi kuat..
jadi manusia hebat di mata Tuhan..
moga moga nanti bila maktih dah xda daya lg..
maktih ada awak awak tempat berlindung..
moga ALLAH lindungi awak awak hingga syurga..
amin..
In Syaa ALLAH 

Mujahid Mencari Bidadari

Assalmualaikum..salam muharam..
Subhanallah cemburu sungguh ana dengan saudara Ammar ni..


Wahai mujahid muda, 
perjuanganmu membakar semangat aku untuk terus berbakti kepada umat.


Wahai Ammar, tenanglah kamu di sana. 
Syurga menantimu. 



Saat ini, air mata deras mengalir.
 Kagum denganmu mujahid muda. 
Syahid ketika berjuang menuntut ilmu.

Pemergianmu benar membuat aku sedar. 
Sumbangan aku masih kecil berbanding kamu wahai Ammar. 
Jangankan pada agama.
Pada diri sendiri pun xcukup sempurna lagi.

Al-Fatihah untuk arwah Ammar. 
Bersemadilah dengan aman. 
Moga roh arwah dicucuri rahmat..


27 September 2013

Crush

Waktu paling indah dari sudut cinta bukan masa bercinta sebenarnya. Sedar tak, thing are more beautiful when you haven’t declare yet. The moment when you secretly stalking at him and scream in a little pitch because he looks so cute. The moment where you wish, he will suddenly look at you. And, the moment where you said you will appreciate him. You won’t be like all his previous.


You can even smile walaupun hanya see his back. Keep on smiling and wishing he was yours. No fight, no dramas. Its only you who tolerate the feeling and the lovestory. Bila nampak dia berjalan dengan perempuan lain, muka kau berubah jadi rojak. Rojak busuk. Cemburu punya pasal, padahal kau berangan sorang-sorang je. Hari tu, mood kau cloudy habis. But, when you see his eyes your face suddenly rainbow-ish. Love take hostage. Easy kan kalau kita boleh bercinta macam ni.
Apa yang dia suka, semua nampak awesome di mata kau. 

Ok, entah macam mana you guys texting. Cakap pasal kelas je pun, kau still baca text dia berulang-ulang kali.

“Esk ada kelas Chemist - Rafi”
“Ah yeke, thanks J
“K.”

Kau dok ulang baca mesej dia, padahal cakap benda tu je pon. Kalau orang lain bagi “K” kau marah, dia takpe pulak haish. That what hearts do, what feeling want. Suatu rasa gembira dan ada nilai ikhlas dan jujur. Tak perlu sebarang ungkapan cinta jiwang-jiwang atau hadiah mahal-mahal. 

Bila mula ada interaksi  antara kau dengan dia. Dia bagi kertas kat semua classmate kau and kau sekali, kau cium bau kertas tu sebab tangan dia dah pegang kertas tu. Entah kalau tangan dia masa tu korek hidung kau bukannya tahu. Tapi kalau kau tahu, kau peduli apa.

Terus membayangkan kisah kau and dia. Buat jalan cerita kisah cinta korang dalam drawing block. Gila. Takdir Tuhan tu cantik, sentiasa beri kejutan. What is not meant to be will never meant be. Dia berjalan ke arah kau. Kau pura-pura tak nampak dia, hati kau dah nak melompat keluar menyorok bawah kerusi.

Eh, Amira kan?
Manisnya dia senyum.

Ah saya, ada apa?
Gelabah

Jemput datang ke majlis perkahwinan saya hujung minggu ni, kecik-kecik je
Heh?

Datang ya?
*dia buat muka simpati, dia pandang mata*



Terdiam. Eh, kau kata tadi bercinta sorang-sorang kan lebih indah. Hmm, yeke?
p/s: ni bukan cerita aku..macam biasa lpas bekerja keras stalk blog org jumpa yg best aku copy balik..haha..bukan tujuan nak plagia bnda ni tp untk simpanan..lepas ni kalu tiba2 nk ada crush aku boleh baca balik post ni..tapi aku rasa macam betol je bercinta sorang2 tu lebih indah..sebab aku yg hodoh ni pernah mgalaminya..n selalunya org yg x berapa cantik or hodoh macam aku jep mngalami bnda macam ni..isk.

14 June 2013

Antara CINTA dan Cita-cita

Assalamualaikum..


Menangis, Tersentap, Tersedar...
Mungkin ini kafarah..
Mungkin ini Ujian..
Mungkin ini Rahmat..
Mungkin ini Amanah..
Aku redha sebab aku tahu ALLAH akan bagi yang terbaik untuk setiap hambaNYA..
Alhamdulillah..aku punya ALLAH..

Okeyhh..episod FYP da bermula..dan yang paling penting aku xdapat seperti yang di idamkan..ape yg aku takutkan akhirnya terjadi..aku cakap aku takut dapat foreigner tp foreigner la yg aku dapat..
Yesss DR. MD SAIFUL ISLAM..
My supervisor..
tapi xpe walaupun td rasa macam kene tampar jep tgok no matrik ada bawah dia..walaupun td nangis sendiri..ALLAH da bagi kekuatan sekarang..bila duduk renung fikir..agaknya ALLAH nak suruh aku improve english aku sbb tu aku dapat ngan foreigner..agaknya ALLAH nak bagi hint untuk masa depan aku kot..huhh xkesah la apa pom yg pnting aku yakin n sangat yakin bahawa ALLAH Maha Kuasa..DIA Mengetahui Segala..DIA Pencorak hari esokku, masa depan aku..
Alaaa apa nak risau.. DR. MD SAIFUL ISLAM tu mesti indah orangnya seindah namanya..agak2 boleh sehensem Izzue Islam x?heeee..sabar-sabar..isnin kite g jumpa dy yer..tp kan sronok jugak actually..aku dapat ngan geng kelantan..2 kelantanese girls dengan 1 iranian guy(iran ke??yo'o jep aku ni..bangladesh kot..)..hahaha..heyyyy sempat aje..ntah da kawen da dy tu..kihkihkih..gatai..ok Alhamdulillah sekarang aku mampu tersenyum, mampu bergelak ketawa..hahahahahahahaha..betol sungguh la kata sahabat..only in the rememberance of ALLAH do heart find peace..err english gitu..practice2..kan dalam lab nanti kene cakap english sepanjang masa..pe lg..practice la...hahaha..
ok la dada..
Assalamualaikum..

Ujian Dunia

Assalamualaikum...
Salam 5 Syaaban...Salam Final Exam..


Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillah Wallahuakbar....

" Life may stumble but it never stops..
Hope may fade but it never dies..
Chances my be lost but they never end..
No matter how bleak it may look..
As long as your heart beats and the sun rises..
There will be always a light at the end of the tunnel.."

Ya ALLAH.. 
Ya ALLAH.. 
Ya ALLAH.. 

Rasa down, menangis, rasa macam nk tampor je org yg tegur,rasa macam xguna, rasa takut, rasa macam nak dengar lagu sampai pecah gegendang telinga, rasa down, rasa macam nk layan candy crush sampai habis nyawa, menangis lagi, sakit kepala, menangis lagi, pegi mandi, menangis lagi, rasa lost, cakap sorang-sorang sedapkan hati, borak ngan rumet, ok sikit, ambik wuduk, mengadap ALLAH, duduk kat tikar sejadah, tiba-tiba tersedar tersentap,
>last-last ALLAH jugak yg dicari,
masih lagi serabut pastu tido dengan satu niat, bangun qiam, solat sunat, doa, baca Quran,
zzzzzzzuuuuuuuuupppppppppppppp...
hilang segala rasa, pergi segala sakit, lari segala pening...
yang hadir kini ketenangan, yang ada kini ALLAH sumber kekuatan, dengar santai dinihari Ikim fm, alunan zikrullah, rasa macam dekat sangat dengan ALLAH, rasa magic, rasa pelik pastu tersedar tersentap lagi...
ruginya xsolat dengan tenang semalam, kalo x xpayah nak tunggu sampai pagi ni baru waras balik..
Subhanallah halazim, hebatnya kuasa-MU ya ALLAH..

Semua itu pengalaman, ya semua itu pengalaman, ambiklah pengajaran, berlapang dada, aku redha dengan kehendak-MU..insyaALLAH moga kekal hingga akhirnya..

Mungkin kali ini bukan rezeki ku..
Aku redha..
Esok ada, esok ada, esok ada sayang..
Masa depan milik ALLAH..tak boleh jawab 2 paper xbererti xde masa depan..ada lagi 2 paper  kan?? jangan pernah putus berharap..
Doalah, doalah, doalah sayang..
ALLAH Maha Mendengar, Maha Kaya, Maha Memahami..

Kuatkan hatimu anak muda gagah perkasa perwira keluarga, kuatkan..
Selagi jantung berdetak, selagi matahari mengahsilkan sinar, selagi ada upaya..
harapan sentiasa ada anak muda..

LET'S CREATE A BETTER FUTURE with ALLAH and SUNNAH RASUL-NYA..
ayuh anak muda..!!!

06 June 2013

pahit tak selalu pahit...


semalam adalah sejarah..hari ini adalah kehidupan..hari mendatang adalah harapan..
berharaplah..
berdoalah..
merayulah..
merataplah..
kau punya TUHAN..
Yang Maha Mendengar..
ALLAH SWT..

ayuh bangkit anak muda..


ayuh bangkit anak muda gagah perkasa perwira keluarga..
pejuanganmu belum selesai..
perjalananmu masih jauh..
kehidupanmu belum berakhir..
selagi ada nyawa..
selagi jasad mampu bergerak..
selagi jantung masih berdetak..
bangkitlah..
merangkaklah..
bertatihlah..
berlarilah..
lari dan terus lari..
berjuang dan terus berjuang..
bebaskan dirimu dari kemelut dosa..
kuatkan jiwamu hadapi hasutan syaitan durjana..
didik nafsumu dari lemas sendiri..
kau punya tuhan..
kau punya agama..
jangan kau lupa..
Yang Maha Esa itu Maha Berkuasa..
Maha Mendengar Maha Pengampun..
pengampunanNYA seluas alam semesta..
mohonlah..
rayulah..
tangislah..
taubatlah sayang..
DIA sentiasa mendengar..
wahai anak muda gagah perkasa..
kau harapan keluarga..
kau idola masyarakat..
ayuh bangkit..
demi diri sendiri, demi agama, demi keluarga..
demi syurga dambaan semua hambaNYA..
kau boleh..!!!
ooo yeeaaaahhhhh..