19 April 2013

Halusnya Cara Allah Menyapa

Assalamualaikum n salam 190413..

Arini macam biasa mengisi waktu petang bak kata org putih leisure time, kat bukit ekspo..running,walking,running,walking n.......Alhamdulillah..okeyh actually nk cite 1 panorama kat bukit eskpo td..masa nk balik tadi tiba2 ternampak dua orang hamba ALLAH..seorang segak bergaya sempurna sifatnya..manakala sorang lagi segak berkaca mata tapi tanpa sepasang kaki n sepasang tangan, hanya mampu duduk kat kerosi roda yg sudah tentu di tolak si sahabat td..Subhanallah indahnya ciptaan-MU ya ALLAH, walaupun dia tidak sempurna dipandangan mata manusia lain tapi sebenarnya dia punya kelebihan berbanding orang lain..dia sekarang ada kat bukit ekspo n sudah tentu la kat UPM..malah saat aku melepasi merka td mereka sedang berborak tentang jadual test 2..fuuhhhh..dia yg macam tu berjaya menjejakkan kaki ke menara gading..bertuah ibunya..hebat sungguh ya ALLAH..

Si sahabat pulak dengan bangganya menolak kerusi roda sahabatnya..tak mengeluh even baju sudah dibasahi keringat..ya ALLAH hebatnya dia..tak dapat dibayangkan jika aku ditempatnya..akankah aku tolak kerusi roda tu dengan ikhlas, borak2 dengannya seolah-olah tiada apa pom perbezaan antara kami dengan manusia sekeliling, seolah-olah tiada mata memandang kami..akankah aku??

Punya sahabat yang cukup sempurna sifatnya pun aku da banyak merungut itu la ini la..sedangkan si sahabat tu tak pernah pom mintak aku suap makan ke, mintak pakaikan kasut ke n macam2 lg..si sahabat xpernah pom menyusahkan aku..ya ALLAH teruknya aku dengan sahabat2ku..ya ALLAH ampunkan aku, kurniakanku hati yg ikhlas untuk menerima sedikit kekurangan sahabat2ku sepertimana ikhlasnya aku menerima kelebihan mereka..wahai sahabat, maafkan aku yg berlagak sempurna tp sememangnya aku ni xsempurna..sungguh maafkan aku..

............................................................
Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment