Lama.
Sudah
terlalu lama aku di perhentian ini.
Entah
apa yang aku tunggu.
Berteleku.
Mengimbas memori-memori lalu.
Ada
air mata yang masih bersisa.
Ku
kesat.
Lemahnya.
Berusaha
mencari kekuatan.
Yang-hilang.
Mana
perginya?
Lesap.
………………..
Bonda
bilang,
“Hati yang baik adalah hati yang sentiasa
berhubung dengan Allah”.
Manik-manik
jernih mengalir.
Kekuatan
yang dulu pernah terwujud.
Ku
kumpul.
Pada
hakikatnya, kita tak selalu kuat.
Kita
cuma memilih tidak terlihat lemah dimata manusia.
Sedang
dihadapan Allah, tanpa segan silu, kita mengaku bahawa kita sudah sangat tidak
mampu.
Dengan
linangan air mata dan rintihan tanpa suara.
Dan
sekiranya manusia tahu, apa yang kita lalui.
Mereka
justeru akan mengerti, mengapa kita begini.
Lalu,
mereka akan mensyukuri apa yang mereka miliki. Pasti.
Percayalah,
aturan Allah itu baik dan membaikkan.
“Dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa
kepadaMu, ya Tuhanku” [Maryam:4]
Redhalah
dengan ketentuan.
Syukurlah
dengan pemberian.
Sabarlah
dengan ujian.
Tetaplah
dalam pengharapan.
Sungguh,
Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
Allah Ta’ala is never blind to our tears,
never deaf to our prayers, and never silent to our pain. He sees, He hears, and
He is never too far.
Pujuklah
hati kita dengan kalam-kalam indahNya.
Kerana.
Seindah
mana lagu tercipta.
Sehalus
mana pujukan manusia tentang cinta.
Takkan
menyamai sempurna seruan ayat-ayat cinta dariNya.
Selalu
saja mendamaikan hati yang biasa dengan luar biasa caranya.
Teruslah
melangkah.
Biar
payah.
Karena.
Ini-
Lah.
Jejak-jejak
Ke Syurga.
…………………..
No comments:
Post a Comment